suria

Guru hamil mati ditembak di Selatan Thai

BANGKOK: Dua orang guru, seorang daripadanya mengandung lapan bulan, mati ditembak satu kumpulan lelaki bersenjata di wilayah Narathiwat di Selatan Thailand malam tadi.

Jurucakap polis berkata keduadua guru itu sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah bersama empat rakan apabila kenderaan pikap yang mereka naiki ditahan kumpulan lelaki itu dan tibatiba dua lelaki yang bersenjata menyerang dan menembak dua guru berkenaan.

Lebih 3,500 orang telah terbunuh sejak Januari 2004 apabila kumpulan pemisah menyambung semula kempen untuk mendapatkan kemerdekaan bagi wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani yang mempunyai ramai penduduk Islam. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain