suria

Program tanam 'Pokok Demokrasi' terima sambutan dingin

IPOH: Beberapa wakil rakyat dari parti pembangkang di Perak hari ini cuba menarik perhatian ramai dengan gimik menanam 10 'pokok demokrasi' di kawasan lapang berhampiran sebuah bank di Medan Istana di sini, namun ia tidak mendapat sambutan seperti diharapkan.

Seorang petugas bank itu pula dilihat mengambil kesempatan daripada program itu untuk mengedarkan risalah promosi produk perbankannya kepada para petugas media, anggota polis serta beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang yang hadir.

Antara yang hadir ialah Anggota Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran (DAP); ADUN Menglembu, Lim Pek Har (DAP); ADUN Jalong, Leong Mee Meng (DAP); ADUN Teja, Chang Lih Kang (PKR); dan ADUN Pasir Pinji, Thomas Su Keong Siong (DAP).

Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu, tamat sejam kemudian.

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang dijadualkan hadir bersama untuk menanam pokok itu hanya tiba pada pukul 10.15 pagi selepas pokokpokok itu selesai ditanam, dan semua yang hadir bersurai kira-kira 15 minit kemudian. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain