suria

Chin Peng penjenayah bukan wira: Ali Rustam

MELAKA: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng bukan seorang wira tetapi sebaliknya penjenayah dan hakikat ini perlu disedari oleh mereka yang mahu agar dia dibenarkan pulang ke Malaysia.

"Komunis telah banyak membawa penderitaan dan kesusahan kepada rakyat satu masa dahulu," katanya kepada pemberita di sini bagi mengulas saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan agar Chin Peng dibenarkan kembali dari Thailand untuk tinggal di Malaysia.

Mohd Ali berkata banyak isu keselamatan lain yang perlu ditangani oleh pihak berkuasa daripada melayan permintaan untuk Chin Peng dibawa pulang.

Beliau berkata saranan Teng adalah tidak wajar dan tidak perlu disokong. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain