suria

Lima peguam tidak perlu hadir lapor diri - Polis

KUALA LUMPUR: Polis tidak memanggil lima peguam untuk hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini selepas mereka dibebaskan pada 8 Mei lepas berhubung dakwaan mengadakan upacara membakar lilin di hadapan ibu pejabat polis itu.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata polis telah memaklumkan kepada Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan petang semalam, bahawa kelimalima peguam itu tidak perlu melaporkan diri kerana kes mereka telah selesai.

"Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana polis telahpun memberitahu kepada presiden Majlis Peguam dan salah seorang ahli Majlis Peguam pada pukul 5.15 petang semalam bahawa kelima-lima peguam itu tidak perlu hadir," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Lima peguam terbabit, yang tiba di IPD berkenaan pada 10 pagi tadi, berkata mereka dipanggil untuk melaporkan diri hari ini selepas dibebaskan pada 8 Mei lepas.

Bagaimanapun kehadiran mereka di IPD terbabit bersama 30 orang menimbulkan sedikit ketegangan apabila berlaku salah faham antara kumpulan terbabit dan pihak polis. BERNAMA

Artikel Sebelum

Zambry MB Perak sah

Artikel Berikut

Artikel Lain