suria

Mayat warga Indonesia dijumpai terapung di Tg Penyusup

JOHOR BAHARU: Satu lagi mayat lelaki warga Indonesia dijumpai terapung di perairan Tanjung Penyusup, Pengerang di Kota Tinggi di sini hari ini.

Ketua Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Wilayah Selatan Laksamana Pertama Che Hassan Jusoh berkata penemuan mayat pada kedudukan satu batu nautika timur Tanjung Penyusup itu dilaporkan kepada pihaknya oleh nelayan Sungai Rengit pada 11.37 pagi ini.

Beliau berkata turut ditemui pada mayat itu ialah pas pekerja.

Che Hassan berkata pihaknya sedang menyiasat sekiranya mayat itu mempunyai kaitan dengan tragedi bot karam yang dikatakan dinaiki kirakira 30 pendatang tanpa izin pada 12 Mei lalu yang sehingga ini mengorbankan nyawa enam penumpang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain