PM nafi Soi Lek akan sertai pembangkang - Semasa | mStar

PM nafi Soi Lek akan sertai pembangkang

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menafikan desas-desus bahawa Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan menyertai pembangkang.

Perdana Menteri berkata, perkara itu sengaja diuar-uarkan oleh pihak-pihak tertentu.

"Tak ada...tak ada, beliau tidak ada cadangan, orang sebut-sebut tapi saya percaya Dr. Chua merupakan penyokong setia Barisan Nasional (BN)," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan amanat khas di Perhimpunan Hari Pekerja 2009 di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini.

Najib berkata demikian bagi mengulas laporan media hari ini mengenai kenyataan Dr. Chua bahawa beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyertai pembangkang.

Dr. Chua mendakwa beliau semakin tidak berperanan dalam parti, termasuk sebagai Pengerusi Biro Pemantauan Dasar Kerajaan.

Bagaimanapun Najib yang juga Pengerusi BN menambah, beliau ada berjumpa dengan Dr. Chua dua hari lepas tetapi tidak disebutkan mengenai soal tersebut.

"Saya jumpa dia dua hari lalu, tidak ada apa pun," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi