suria

Ustaz ditahan miliki dadah

BACHOK: Seorang "ustaz" berumur 60-an ditahan kerana dipercayai memiliki dadah dan VCD lucah di rumahnya di Kampung Beris Kubor Besar di sini baru-baru ini.

Dia ditahan setelah selepas bersembahyang Maghrib dan memberi ceramah agama di sebuah surau di kampung tersebut.

Suspek kemudiannya membawa polis ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Yahya Salleh berkata di rumah lelaki itu, polis menemui berpuluh-puluh VCD lucah yang disusun rapi di dalam bilik tidurnya dan menemui beberapa bungkus dadah di beberapa tempat di dalam rumah itu.

"Pada mulanya lelaki terbabit tidak mengaku menyimpan dadah, tetapi setelah polis mahu menunjukkan VCD-VCD berkenaan ke tempat dia menyampaikan kuliah agama, lelaki terbabit membuat pengakuan memilik dadah," kata Yahya kepada Bernama.

Katanya polis juga pada mulanya mahu memanggil pihak media bagi melaporkan penahanan suspek sekiranya suspek terus berkeras tidak mahu menunjukkan tempat dia menyimpan dadah.

"Antara tempat suspek menyimpan dadah ialah di dalam periuk nasi di dapur rumahnya, yang memang sukar ditemui tanpa suspek sendiri memberitahunya," kata Yahya.

Beliau berkata suspek kini ditahan di Penjara Pengkalan Chepa dan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah berbahaya 1959 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dan sebat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain