suria

SMS ugut ADUN Terengganu: Kerani dibebaskan

KUALA TERENGGANU: Seorang kerani syarikat swasta yang ditahan berhubung penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu, baru-baru ini dibebaskan petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supt K. Manoharan berkata, lelaki berumur 31 tahun itu dibebaskan kira-kira pukul 6 petang dengan jaminan polis setelah ditahan reman selama tujuh hari.

"Suspek telah dibebaskan setelah keterangan diambil bagi membantu siasatan kes ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 20 April lepas, suspek ditahan oleh polis di Bandar Baru Bangi, Selangor kerana disyaki menghantar SMS berbaur ancaman kepada tiga ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Manoharan berkata, suspek sebelum ini, telah ditahan reman selama empat hari dan dilanjutkan tiga hari lagi bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

"Buat masa sekarang, siasatan terhadap suspek dianggap selesai," katanya.

Tanpa mengulas lanjut, beliau berkata polis akan terus menjalankan siasatan sehingga kes tersebut selesai. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain