PM ucap selamat sambut tahun baru - Semasa | mStar

PM ucap selamat sambut tahun baru

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan selamat kepada masyarakat Tamil, Malayalee dan Sikh yang menyambut tahun baru masing-masing esok.

"Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru dengan penuh meriah kepada anda semua dan berharap anda mendoakan kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya. Selamat Menyambut Tahun Baru!" kata beliau dalam kenyataan.

Najib berkata sambutan itu mengingatkan beliau akan betapa bertuahnya negara ini yang mempunyai pelbagai kaum.

Esok, masyarakat Tamil akan menyambut "Varusha Pirappu", masyarakat Malayalee menyambut "Vishu" dan masyarakat Sikh menyambut "Vaisakhi". BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel