suria

13 ditahan di Pasir Puteh kerana miliki dadah

PASIR PUTEH: Polis menahan 13 lelaki termasuk seorang yang disyaki pengedar dadah dalam Ops Tepis yang diadakan selama enam jam bermula pukul 8 pagi semalam di kawasan Kampung Bukit Abal di sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Ahmad Kamal Zainal berkata turut dirampas ialah pelbagai jenis dadah dari kumpulan lelaki itu yang berumur antara 20 hingga 40 tahun.

"Dadah ini kebanyakannya untuk kegunaan mereka sendiri sendiri kecuali seorang lelaki berusia 30an yang ditahan mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman penjara dan sebatan," katanya.

Beliau berkata selain lelaki terbabit, 12 lagi yang ditahan itu akan didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya 1983 yang jika sabit kesalahan membawa hukuman dipenjara.

"Semua yang ditahan itu direman selama empat hari bermula hari ini," katanya.

Menurut Ahmad Kamal, tangkapan dibuat ketika pihaknya membuat operasi bagi mengesan kegiatan penagihan dan pengedaran dadah di kawasan terbabit yang dianggap oleh penduduk boleh menjejaskan ketenteraman awam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain