Kes bunuh Altantuya: Azilah fail notis rayuan ketepi hukuman gantung - Semasa | mStar

Kes bunuh Altantuya: Azilah fail notis rayuan ketepi hukuman gantung

SHAH ALAM: Tertuduh pertama kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Cif Inspektor Azilah Hadri yang dijatuhi hukuman mati semalam memfailkan notis rayuan hari ini.

Peguam J. Kuldeep Kumar mengemukakan notis rayuan ke atas sabitan dan hukuman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 4.15 petang.

Peguam Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar, tertuduh kedua yang turut dijatuhi hukuman yang sama memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan berbuat demikian (fail rayuan) Isnin ini.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Zaki Md Yasin memutuskan kedua-dua anggota unit tindakan khas (UTK) itu dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Sebelum ini, Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37, dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober tahun lepas, penganalisis politik itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain