suria

Kabinet baru ialah kabinet rakyat - Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan barisan jemaah menteri yang diumumkan hari ini sebagai kabinet rakyat.

Perdana Menteri berkata kriteria utama pelantikan mereka adalah dengan mengambil kira kepercayaan rakyat terhadap barisan jemaah menterinya.

Najib berkata demikian dalam satu pertemuan dengan wakil-wakil media di pejabat beliau sejurus selepas mengumumkan barisan kabinet barunya hari ini.

Najib, yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April lepas, mengumumkan kabinet yang lebih kecil dianggotai 28 menteri dengan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dengan 27 kementerian semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini. BERNAMA

Artikel Lain