suria

Muhyiddin temui Najib, bincang soal Kabinet baru?

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua,kanan) bersalaman dengan ibu bapa dan guru pada majlis perjumpaan dengan PIBG di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Min, Simpang, semasa berkempen menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.

TAIPING: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi enggan menyatakan sama ada pertemuan mereka turut menyentuh soal pembentukan Kabinet baru.

Timbalan Presiden Umno itu menemui Najib petang semalam selepas kembali dari kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai.

Ia dipercayai pertemuan sulung kedua-dua mereka sejak Najib dilantik sebagai Perdana Menteri Jumaat lalu.

Beliau hanya berkata tidak boleh mendedahkannya buat masa sekarang.

Terdahulu dalam ucapannya di hadapan masyarakat Cina di Kuala Sepetang dekat sini, Muhyiddin yang dipilih Timbalan Presiden Umno 26 Mac lalu berkata:

"Semalam selepas balik dari Batang Ai saya ada menemui Datuk Seri Najib dan mengadakan perbincangan (menyentuh beberapa perkara)," katanya.

Najib dijangka mengumumkan Kabinetnya pertengahan minggu depan selepas tiga pilihan raya kecil serentak.

Muhyiddin berada di sini membantu calon BN, Ismail Saffian yang bertanding pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Ketika ditanya sama ada beliau memberikan input ataupun pandangan tentang barisan Kabinet yang bakal dibentuk, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan dan Industri memberitahu perkara tersebut tidak perlu dinyatakan sekarang.

Malah beliau yang turut ditanya tentang syor MCA diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua, Muhyiddin berkata, beliau enggan mengulas isu itu sekarang.

Muhyiddin memberitahu, pada pertemuan itu Najib telah menekankan supaya satu pendekatan baru digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat.

"Perdana Menteri mahu masalah-masalah rakyat diselesaikan dengan segera," kata beliau sambil menyifatkan pendekatan itu sebagai kaedah Najib mendengar masalah rakyat.

Artikel Lain