suria

Tiga belas lelaki ditahan ketika berjudi atas katil

KUANTAN Polis menahan sekumpulan 13 lelaki ketika mereka sedang leka berjudi atas katil di sebuah apartmen di Genting Highlands, dekat Bentong semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang (Risikan dan Operasi), Supt Nordin Mustapha berkata dalam serbuan 4 pagi itu, polis turut merampas wang tunai RM154, 65 keping token bernilai RM2,765 dan 13 set daun terup termasuk satu set yang sedang digunakan.

"Semua lelaki dalam lingkungan umur 40 hingga 70 tahun itu ditahan semasa sedang bermain pakau di atas katil," katanya kepada pemberita di sini hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain