Speaker Sumatera sakit jantung mati dipukul - Semasa | mStar

Speaker Sumatera sakit jantung mati dipukul

JAKARTA: Beberapa keping gambar yang disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan hari ini jelas menunjukkan bagaimana ganasnya penunjuk perasaan yang terus menerus memukul Speaker DPRD (Dewan Negeri) Sumatera Utara yang sedang kesakitan menahan serangan jantung.

Sekeping foto yang dirakam oleh jurugambar sebuah akhbar tempatan 'WASPADA' itu menunjukkan Speaker DPRD Abdul Aziz Angkat dengan ekspresi wajah sedang kesakitan dengan matanya tertutup dan sebelah tangannya memegang dadanya, ditumbuk oleh satu tangan penunjuk perasaan.

Seorang rakannya, Azwir Sofyan ketika itu sedang memapah Allahyarham dan dilarikan keluar bagi mengelak daripada terus diserang ribuan penunjuk perasaan yang menceroboh masuk ke dalam Dewan.

Foto lain menunjukkan Abdul Aziz yang masih dalam ekspresi kesakitan dan sebelah tangannya masih memegang dada terperosok ke satu penjuru dinding dan beberapa penunjuk perasaan sedang meluru ke arahnya.

Sekeping lagi foto menunjukkan satu tangan sedang menghentak kepala Abdul Aziz yang memakai songkok manakala beberapa tangan lagi menggenggam penumbuk ke arah mukanya walaupun dia kelihatan masih menahan kesakitan dan sudah dilindungi bahagian belakangnya oleh Azwir.

Foto-foto itu dirakam beberapa minit sebelum Abdul Aziz terkulai di pangkuan Azwir sebaik dibawa masuk ke dalam sebuah bilik untuk diselamatkan tetapi terus menerus dilempar dengan pelbagai benda oleh penunjuk perasaan.

Sekeping lagi foto menunjukkan Abdul Aziz sudah tidak sedarkan diri dan sedang diusung dengan biri matanya di sebelah kiri masih lebam merah dan bibirnya sudah berwarna biru.

Azwir yang ditemubual stesen televisyen MetroTV berkata penunjuk perasaan itu memang ganas dan menjadikan Abdul Aziz sebagai sasaran mereka kerana berpendapat Speaker DPRD itu bertanggungjawab dalam hal pembentukan wilayah baru Tapanuli yang mereka desak diwujudkan.

"Allahyarham sempat mengucap kalimah syahadah. Saya yakin beliau telah meninggal dunia di situ," katanya, yang memberitahu bahawa Abdul Aziz pernah menjalani pembedahan koronori jantung lima tahun lepas dan mungkin akibat serangan dan pukulan penunjuk perasaan, serangan jantung itu berulang.

Polis di Medan menyebutkan Abdul Aziz meninggal dunia kerana serangan jantung. BERNAMA

Artikel Sebelum

Speaker boleh cabar, DAP beri SPR 48 jam

Artikel Berikut

ADUN Behrang keluar PKR, jadi wakil Bebas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain