suria

Polis tembak mati tiga penjenayah dikehendaki

KAJANG: Polis menembak mati tiga daripada lima anggota kumpulan samun bersenjata yang paling dikehendaki, termasuk bagi beberapa kes rogol dan pecah rumah, di Lebuhraya Kajang Silk di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, anggota kumpulan warga Indonesia yang digelar sebagai 'Geng Ronald' dan berumur dalam lingkungan 27 hingga 40 tahun itu, ditembak mati setelah melepaskan tembakan ke arah polis apabila menyedari mereka diekori.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Sakaruddin Che Mood yang mengesahkan kejadian tersebut berkata sebelum itu, polis mengesan kumpulan berkenaan yang menaiki sebuah kereta Proton Waja dari Salak Selatan sehingga ke Tol Plaza Sungai Ramal.

Beliau berkata suspek yang menyedari kehadiran polis, kemudian melepaskan dua das tembakan dan cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, polis bertindak pantas dan berjaya menembak mati tiga anggota termasuk ketua kumpulan itu yang berumur dalam lingkungan 40an.

Dua lagi berjaya melarikan diri, katanya.

Polis turut menemui sepucuk revolver jenis 32 serta enam butir peluru dalam kereta yang dinaiki anggota kumpulan tersebut.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain