suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas terperangkap dalam kebakaran

PULAU PINANG: Seorang warga emas dipercayai terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan lima rumah kedai berusia lebih 100 tahun di Lebuh Campbel di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohamad Razam Tajaharim berkata, mangsa yang masih belum ditemui itu dikenali sebagai Yeong Thak Sin berusia 70an.

"Mangsa dipercayai terperangkap dalam sebuah rumah di situ dan setakat ini kami masil gagal mengesan mangsa berikutan keadaan tempat kejadian yang musnah teruk. Usaha mencari mangsa giat dijalankan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, malam tadi.

Beliau berkata, kebakaran pada kira-kira pukul 6.35 petang itu melibatkan lima buah kedai yang terletak dalam kawasan Tapak Warisan Dunia dan kejadian dipercayai bermula dari bahagian bawah sebuah rumah kedai di kawasan itu.

"Pasukan bomba tiba di tempat kejadian tiga minit selepas menerima panggilan dan ketika sampai, api sedang marak serta sudah merebak ke kedai-kedai di deretan yang sama.

"Api merebak dengan dengan cepat berikutan struktur bangunan di kawasan itu diperbuat daripada kayu serta angin yang bertiup kencang," katanya.

Mohamad Razam berkata, sebanyak 10 jentera dengan 100 anggota bomba dan penyelamat termasuk bomba sukarela mengambil masa kirakira tiga jam untuk mengawal dan memadam kebakaran.

Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat, katanya.

Difahamkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang mengadakan sambutan Tahun Baru Cina 2009 di kawasan itu kerana kawasan berkenaan mempunyai nilai sejarah tersendiri. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain