suria

Imej Israel musnah - Chandra Muzaffar

KUALA LUMPUR: Imej Israel walaupun apa pun bentuknya telah musnah selamanya ekoran pembunuhan yang sedang dilakukan tenteranya terhadap rakyat Palestin di Gaza, kata penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar.

Beliau berkata imej Amerika Syarikat (As) selaku sekutu dan penyokong kuat Israel turut tercalar di mata dunia kerana menyokong tindakan rejim Tel Aviv itu.

Chandra Muzaffar yang juga presiden The International Movement for a Just World berkata ekoran serangan terbaru di Gaza itu, Venezuela dan Bolivia telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

Kedua-dua negara itu mungkin bekerjasama dengan negara-negara di Timur Tengah seperti Iran dan Syria untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menghadapi Israel dan AS, katanya.

Kini turut berlaku perubahan geopolitik dunia yang menyaskikan kebangkitan Rusia dan China serta lain-lain negara yang mungkin boleh membentuk pakatan yang akhirnya akan membantu perjuangan rakyat Palestin, katanya di sini hari ini.

Tambahan pula ekonomi AS sedang merosot dan ia tidak boleh lagi mendominasi ekonomi dunia, katanya.

Setiausaha Eksekutif Majlis Perundingan Agama Budha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao, menyifatkan keadaan di Gaza sebagai tragedi kemanusiaan yang memerlukan bantuan dari pelbagai pihak. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain