suria

Israel terus mengganas di Gaza

Serangan udara Israel memusnahkan berpuluh lagi rumah di bahagian utara, timur dan selatan sempadan bandar Gaza. -foto REUTERS
Serangan udara Israel memusnahkan berpuluh lagi rumah di bahagian utara, timur dan selatan sempadan bandar Gaza. -foto REUTERS
Serangan udara Israel memusnahkan berpuluh lagi rumah di bahagian utara, timur dan selatan sempadan bandar Gaza. -foto REUTERS

KUALA LUMPUR: Israel terus melakukan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza, menurut kedutaan Palestin dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya pada hari ke-18 serangan ganas Israel di Semenanjung Gaza itu, rakyat Palestin bersama mereka yang menghargai nyawa manusia berkabung melihat angka kematian rakyat Palestin meningkat sehingga 905 orang sehingga ini.

Katanya pada masa yang sama mereka berdoa agar sekurang-kurangnya 4,100 yang cedera dalam serangan ganas Israel itu, yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, akan pulih dengan segera.

Kenyataan itu berkata Israel, kuasa yang menceroboh itu, masih terus tidak mengendahkan sebarang kata-kata dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, terus melakukan serangan tanpa menghiraukan nyawa dan kehidupan rakyat Palestin, mahupun undangundang antarabangsa.

Menurutnya awal pagi 12 Januari, serangan udara Israel memusnahkan berpuluh lagi rumah di bahagian utara, timur dan selatan sempadan bandar Gaza, mengakibatkan enam rakyat Palestin terbunuh, termasuk dua wanita dan dua kanak-kanak.

"Banyak keluarga di kawasan yang disasarkan itu hanya dapat merayu untuk mendapat mendapatkan bantuan perubatan yang diperlukan, termasuk kepada Jawatankuasa Antarabangsa pertubuhan Palang Merah.

"Mereka terperangkap, diserang, tanpa akses kepada makanan, minuman, atau eletrik. Tambah menyedihkan banyak kalangan anggota keluarga ini yang jatuh sakit, tercedera, dan semakin ramai yang meninggal dunia," menurutnya.

Katanya bagi semua jenayah perang, keganasan, dan pelanggaran hak asasi manusia secara sistematik terhadap rakyat Palestin itu; ia perlu dipertanggungjawabkan terhadap Israel, dan mereka perlu dibawa ke muka pengadilan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain