Anwar: 2 pendedahan Ezam sudah tidak relevan - Semasa | mStar

Anwar: 2 pendedahan Ezam sudah tidak relevan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan memberi respon atau menjawab sebarang pertuduhan seperti yang dicabar oleh bekas Setiausaha Politiknya, Mohamad Ezam Mohd Nor mengenai dua perkara penting yang didedahkannya sewaktu berkempen di Kuala Terengganu kelmarin.

Beliau sebaliknya mendakwa Ezam diperalatkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu untuk meraih undi.

"Saya tidak pernah respons kepada Ezam, sejak bila saya respons kepada dia?

"Di Permatang Pauh mereka gunakan dia, setiap pilihan raya kecil dia akan digunakan," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cabaran Ezam supaya menjawab pendedahan terbaru berhubung

Semalam, Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah memintanya supaya menguruskan langkah berdamai dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sampai seminggu selepas dipecat.

Malah Ezam turut mendedahkan tarikh tepat beliau melihat kandungan enam kotak rahsia yang dikaitkan dengan kononnya bukti gejala rasuah pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) semasa berada dalam kerajaan.

Ditanya sama beliau ingin menafikan atau mengakui mengenai pendedahan Ezam itu, Anwar berkata, isu merupakan isu lama yang sudah tidak relevan.

"Dia cakap mengenai isu bila, 1998? Sekarang sudah 2009, dia tunggu 11 tahun untuk fikir," katanya.

Bagaimanapun Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata isu yang dibangkitkan Ezam tiada kaitan dengan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

"Apa isunya? Saya tak nampak sebarang isu yang cuba beliau bangkitkan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hudud: Samy Vellu sifatkan Karpal 'gentleman'

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain