suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

284 disaman kerana tidak pakai tali pinggang belakang

BUTTERWORTH: Sebanyak 284 saman kerana gagal mematuhi peraturan memakai tali pinggang belakang di keluarkan di Pulau Pinang sejak peraturan itu dikuatkuasa 1 Jan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang Hassan Yaakob berkata kompaun maksimum RM300 itu dikenakan serta-merta kepada penumpang yang tidak mematuhi peraturan itu.

"Kita tidak berkompromi terhadap pemandu atau penumpang yang gagal mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang kerana perkara itu telah dihebahkan lebih awal.

"Kami akan terus meningkatkan operasi menguatkuasakan undangundang itu terutama menjelang Tahun Baru Cina hujung bulan ini demi keselamatan penumpang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Hassan berkata JPJ menyita 11 buah kenderaan yang digunakan sebagai kereta sapu di sekitar Bukit Mertajam di sini dalam Ops Sapu dari pukul 11 pagi hingga 2.30 petang semalam.

Dua buah van kilang, tujuh van persendirian dan dua kereta persendirian disita kerana tidak memiliki permit untuk membawa dan mengenakan bayaran kepada penumpang, katanya. BERNAMA

Artikel Lain