Rakyat Singapura boleh bekerja sehingga 65 tahun - Semasa | mStar

Rakyat Singapura boleh bekerja sehingga 65 tahun

SINGAPURA:Singapura yang prihatin dengan umur penduduknya yang semakin meningkat, bercadang untuk membenarkan rakyatnya bekerja sehingga mencapai umur 65 tahun berbanding umur persaraan 62 tahun.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata kerajaan mahu para majikan menawarkan pekerjaan semula kepada pekerja apabila mereka mencapai umur 62 tahun, selama tiga tahun lagi, walaupun tidak semestinya pada pekerjaan atau gaji yang sama.

"Kita sedang membuat undang-undang untuk tidak lagi menangguhkan umur persaraan," katanya pada satu persidangan bertajuk "Reinventing Retirement Asia: Employment and Active Engagement Beyond 50" di sini hari ini.

Lee berkata Singapura mengamalkan langkah yang sama seperti yang dilakukan oleh Jepun dalam menangani penduduk bersusia lanjut, dengan mengambil langkah yang lebih fleksibel daan praktikal.

Katanya menjelang 2030, satu per lima atau hampir satu juta daripada penduduk Singapura akan berumur 65 tahun dan lebih, dan jumlah ini akan merupakan tiga kali ganda berbanding jumlah sekarang.

Jangka hayat sekarang adalah sekitar 80 tahun dan masih meningkat, tambah beliau.

Lee berkata cara terbaik untuk manusia menyesuaikan diri dengan umur yang panjang ialah dengan terus bekerja selagi mereka terdaya dan terus mengisi masa yang luang selepas bersara.

Beliau berkata kerajaannya berhasrat untuk meningkatkan kadar pekerjaan di kalangan pekerja yang berumur 55 hingga 64 daripada 57 peratus pada tahun lepas kepada 65 peratus menjelang 2012. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain