suria

Polis siasat dalang Jerit

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat dalang atau penaja penganjuran aktiviti berbasikal yang dinamakan 'Rakyat Pengayuh Perubahan', yang dikatakan melibatkan ahli politik.

Aktiviti tersebut yang dianjurkan oleh Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) sejak awal bulan ini, bertujuan menghantar memorandum kepada Parlimen berkaitan tuntutan rakyat kepada kerajaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menganjurkan perarakan tanpa permit tersebut, walaupun mereka merupakan ahli politik.

"Aktiviti ini secara tidak langsung terdapat elemen yang melanggar undang-undang negara kita kerana terdapat perhimpunan, perjumpaan dan perarakan tanpa permit," katanya selepas merasmikan Karnival Sukan Mess PDRM di Pulapol di sini, hari ini.

Katanya, aktiviti itu turut mempergunakan kanak-kanak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, sekali gus mengakibatkan pencemaran minda dan pemikiran mereka.

"Perarakan itu juga secara tak langsung telah menggugat ketenteraman awam.

"Oleh itu saya nasihatkan kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam perarakan ini atau tindakan undangundang sedia ada akan digunakan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain