suria

Lima terbunuh dalam letupan di Selatan Thailand

BANGKOK: Lima orang, termasuk seorang guru, terbunuh manakala 13 orang lagi cedera apabila bom yang diletakkan di atas sebuah motosikal meletup di selatan wilayah Narathiwat hari ini.

Seorang jurucakap polis berkata insiden itu berlaku kirakira 11 pagi ketika sambutan ulang tahun keputeraan ke81 Raja Bhumibol Ayulyadej berlangsung tidak jauh dari itu.

Beliau berkata bom itu diletakkan di atas sebuah motosikal yang diparkir berdekatan sebuah kedai dan berhampiran sebuah masjid di Dusong Nyor, Chanae.

Letupan itu mengorbankan seorang ketua kampung, dua pembantunya, seorang guru dan seorang pejalan kaki, kata jurucakap itu.

Lebih 3,300 orang terbunuh sejak Januari 2004 apabila puak disyaki pemisah meneruskan kempen mereka untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain