suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek kedua kes simbah asid Faisal Halim direman 5 hari

Hussein (kanan) berkata, lagi suspek ditahan berhubung kes simbah asid membabitkan Faisal Halim.

DIKEMASKINI

SUSPEK kedua yang ditahan berhubung kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, direman lima hari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia lewat 30-an itu direman sehingga Sabtu.

"Kita mendapat perintah reman terhadap suspek selama lima hari.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Faisal alami lecur tahap empat, dirawat di ICU

ARTIKEKL BERKAITAN: Suspek kes simbah asid Faisal Halim direman 2 hari

Terdahulu, dilaporkan suspek tersebut ditahan di Bandar Baru Bangi pada Isnin.

Hussein berkata, motif di sebalik serangan itu masih dalam siasatan.

Terdahulu dilaporkan, seorang lelaki berusia 20-an ditahan di Pandan Indah pada malam Ahad berhubung serangan asid itu.

Dalam kejadian pada petang Ahad, Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey mengalami luka teruk akibat disimbah asid oleh seorang individu tidak dikenali di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Selangor.

Hanya beberapa hari sebelum itu, rakan sepasukannya Akhyar Rashid disamun di Kuala Terengganu pada minggu lalu. Akhyar mengalami luka serta lebam akibat kejadian itu. - The Star

Artikel Lain