suria

Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan pada keseluruhannya bertambah baik petang ini dengan lebih ramai mangsa dibenar pulang ke rumah masing-masing.

Sehingga pukul 5 petang ini, seramai 542 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Kuala Terengganu manakala di Kelantan jumlah yang masih berada di pusat pemindahan ialah 471 orang.

Di KUALA TERENGGANU, daerah Marang kini pulih sepenuhnya apabila 30 orang yang dipindahkan setelah rumah mereka ditenggelami air dalam banjir yang melanda negeri itu sejak Isnin lepas, dibenar pulang pagi ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata serentak itu semua pusat penempatan banjir di daerah berkenaan ditutup hari ini.

Di KOTA BHARU, seramai 445 orang masih berada di pusat pemindahan banjir di Tumpat manakala 26 orang lagi di Pasir Mas.

Jurucakap Pusat Operasi Banjir Kelantan berkata hanya dua jalan kampung yang masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Kampung Jambu di Tumpat dan Jalan Pengkalan Rakit-Bukit Karang, di Pasir Mas.

Paras air di Sungai Golok masih berada pada paras bahaya iaitu 9.36 meter manakala tujuh lagi sungai di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain