suria

Isteri bergelut nak bersalin, suami abai amaran pak guard tetap park di zon larangan... Selesai urusan terkejut tengok keadaan kereta

Masalah tempat letak kenderaan di hospital kerajaan tidak pernah selesai. -Gambar hiasan (kiri)

KEHADIRAN cahaya mata sememangnya ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan suami isteri, tidak kiralah bayi yang bakal lahir merupakan anak pertama, kedua atau ketiga.

Apa yang pasti setiap kali menjelang kelahiran, bukan isteri sahaja akan berasa cemas sebaliknya si suami turut berdepan situasi sama.

Ketika bergelut melawan kontraksi dalam proses bersalin, sudah pasti isteri memerlukan sokongan moral daripada ahli keluarga terutamanya suami untuk berada di samping mereka.

Terbaharu, seorang suami berdepan situasi mendebarkan apabila terpaksa membuat pusingan berkali-kali di perkarangan hospital untuk mencari tempat letak kereta ketika isterinya mahu bersalin.

Masalah tempat letak kenderaan di hospital kerajaan tidak pernah selesai. -Gambar hiasan (kiri)

Seorang pengawal perlu bersikap toleransi dengan pelawat di hospital. -Gambar hiasan (kiri)

Dikenali sebagai Ustaz Adlly, dia menceritakan pengalamannya ditegur oleh pengawal keselamatan menerusi video TikTok berdurasi 30 saat, dalam kejadian di Hospital Shah Alam pada 2 Mei baru-baru ini.

Menurut Ustaz Adly, pada masa itu jam menunjukkan pukul 9 pagi dan dia nekad meletakkan kereta di ruang yang tidak dibenarkan kerana lebih memikirkan isterinya yang mahu bersalin.

Sebelum pergi ke wad, dia sempat menulis nota 'isteri bersalin' dan meninggalkan nombor telefon.

"Tak boleh parking sini dik, saya nak clamp ni nanti jangan kecoh-kecoh pula," kata pengawal tersebut melalui panggilan telefon yang dibuat ketika sudah berada di bangunan wad.

Dia kemudian memberitahu sudah tiga kali membuat pusingan tetapi tiada parkir yang kosong, justeru dia akur jika tayar keretanya dikunci oleh pengawal berkenaan kerana sedar telah melakukan kesalahan dengan meletak kenderaan di zon sita.

"Clamp la pakcik, isteri saya nak bersalin dah ni,apa saya boleh buat," balas Ustaz Adlly.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahal macam beli di mall! Kedai dalam hospital kerajaan diarah turun harga selepas jual roti sosej ‘cekik darah‘

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar surat layang dakwa doktor hospital kerajaan gila seks, buat gangguan seksual terhadap staf

Ketika dihubungi mStar, Ustaz Adly atau nama sebenarnya Adlly Bokhari, 35 mengakui pada masa itu dia sangat cemas walaupun menyambut kelahiran cahaya mata ketiga.

"Isteri saya lahir anak ketiga tapi beza jarak enam tahun dengan anak kedua, jadi rasa (gugup) macam baru dapat baby 1st time.

"Masa tu isteri sudah dalam wad, jadi saya perlu segera mengambil surat daripada jururawat untuk naik menemani isteri saya di wad bersalin.

"Memang agak kelam kabut dan cemas, saya cari parking tiga kali pusing tak ada kosong. Saya perasan ada guard sedang ronda, tetapi saya tak ada pilihan terus park di tepi jalan dan ada kon," katanya yang tinggal di Seksyen 7, Shah Alam.

Boleh dikatakan semua hospital hadapi masalah yang sama

NETIZEN

Tambah Ustaz Adlly, dia bersyukur kerana sempat menemani isterinya bersalin dan anak ketiganya yang dinamakan Sakynah selamat dilahirkan secara normal pada pukul 3 petang.

Selepas lapan jam berurusan di hospital, dia kembali ke kawasan parkir dan terkejut melihat kereta jenis Suzuki Swift miliknya.

Ustaz Adly yang sudah bersedia untuk membayar denda kesalahan parkir berasa amat bersyukur kerana tayar keretanya tidak dikunci dan berterima kasih kepada pengawal keselamatan yang dianggap memahami situasinya.

komen last edited

Antara komen netizen

Bercerita lanjut Ustaz Adly berkata dia berkongsi video tersebut untuk tujuan kenang-kenangan dan tidak sangka ia akan menjadi tular.

Tambahnya lagi, dia juga membaca komen-komen netizen dan mendapati ramai pernah berdepan masalah sama dengannya, malah ada yang lebih teruk lagi.

"Jika tengok di ruang komen tu ramai lagi yang lalui pengalaman parking hospital yang lagi teruk.

"Saya jangka isu parking hospital ni memang boleh diketengahkan agar dapat dinilai oleh pihak berkaitan.

"Semua pihak faham masing-masing menjalankan tugas, kita tak marah pak guard tu tapi sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi isu ini," katanya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen faham situasi Ustaz Adlly dan mengakui memang wujudnya masalah parkir di hospital kerajaan.

"Pernah bawa anak pergi hospital kerajaan, berdua dengan anak sahaja. Parking pula tiada, jadi parking jauh dekat dengan rumah mayat, jadi tawakal pergi swasta.

"Saya pernah pergi Hospital Serdang, pusing tiga hingga empat kali tak ada parking. Akhirnya park dekat pintu masuk hospital pengajar kemudian cari Grab. Pemandu Grab pun faham dah.

"Pernah sekali, tapi dekat Kuantan. Kita mengandung dan temu janji pukul 2.30 petang padahal dah gerak dari rumah awal dah, tak ada kosong langsung. Parking seberang hospital, jalan kaki ke seberang naik jejantas semput macam apa rasa.

"Boleh dikatakan semua hospital hadapi masalah yang sama," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain