suria

Majoriti rakyat Malaysia terkandas di Thai pulang

BANGKOK: Hampir semua rakyat Malaysia yang terkandas telah pulang ke tanah air, seminggu selepas dua lapangan terbang utama di Thailand ditutup oleh penunjuk perasaan anti-kerajaan.

Seorang jurucakap Kedutaan Malaysia berkata hanya lebih 80 orang di ibu negara ini, di mana penerbangan mereka dibatalkan sejak beberapa hari lepas dan dijangka berlepas pulang pada hari ini atau esok.

"Kita ada kirakira 200 orang yang mendaftar dengan kita tetapi tidak semuanya terkandas kerana tarikh penerbangan sebenarnya beberapa hari lagi. Mereka sentiasa berhubung dengan bilik operasi 24 jam kita di kedutaan tersebut untuk mendapatkan maklumat terkini," katanya di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata rakyat Malaysia bernasib baik kerana mereka masih boleh meninggalkan negara ini dengan kereta api, bas dan van ke sempadan ThaiMalaysia tidak seperti ramai warga negara lain yang terjejas dengan teruk berikutan dengan penutupan lapangan terbang itu.

Malaysia Airlines (MAS) telah menghantar enam pesawat sejak Jumaat lepas dan AirAsia tiga untuk membawa pulang beratusratus penumpang yang terkandas dari pintu utama sementara Lapangan Terbang Utapao dekat Pattaya.

MAS and Air Asia telah masingmasing menjadualkan dua dan sebuah lagi pesawat ke Kuala Lumpur pada Isnin kerana Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan Don Muang masih lagi ditutup.

Kedutaan itu juga telah mengatur dua buah bas untuk membawa pulang 68 rakyat Malaysia pada Sabtu dan Ahad.

Malaysia juga menjadi destinasi terdekat bagi warga asing lain untuk keluar dari Thailand berikutan beratusratus penerbangan dibatalkan sejak 24 November.

Sejak Jumaat, Bahagian Konsular di kedutaan itu telah memproses permohonan daripada rakyat India, China, Taiwan, Pakistan, Sri Lanka dan ramai lagi yang pergi ke Malaysia bagi mendapatkan penerbangan sambungan dari sana.

Kini dianggarkan lebih 300,000 rakyat asing terkandas di Thailand, dan ramai yang terdesak cuba keluar dari negara ini kerana bimbang dengan meningkatnya pertempuran antara penyokong anti-kerajaan yang memakai kemejat warna kuning mengepung keduadua lapangan terbang tersebut dan Rumah Kerajaan sementara penyokong prokerajaan yang berpakaian kemeja-T merah telah masuk ke Bangkok.BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita BN mula mesyuarat enam jam

Artikel Lain