suria

NizarPerak terima apa jua keputusan jawatankuasa fatwa negeri berhubung yoga

IPOH:Perak bersedia menerima apa sahaja keputusan yang diperkenankan oleh Sultan Perak berhubung isu pengharaman senaman yoga yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Sabtu lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata semua perkara berhubung fatwa termasuk mengenai pengharaman senaman yoga itu perlu terlebih dahulu dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak untuk dibincangkan.

Katanya selepas dibincangkan dan diteliti oleh jawatankuasa itu ia akan dibawa kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP) dan seterusnya dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk diperkenankan sama ada boleh diterima pakai atau sebaliknya.

"Jawatankuasa itu akan membuat kajian dan perincian dan ia akan dipersembahkan kepada Sultan Perak. Oleh kerana segala halehwal berkenaan Agama Islam adalah menjadi bidang kuasa Sultan Perak maka dengan perkenan baginda barulah satusatu fatwa itu boleh digunapakai di negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Rasuah Melalui Kawalan Sistem di sini hari ini.

Katanya MAIAMP akan mengadakan mesyuaratnya pada 9 Dis ini dan keputusan berhubung isu berkenaan dijangka diumumkan pada hari itu.

Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) Datuk Jamry Sury menarik balik kenyataannya kepada The Star pada Ahad lepas bahawa Perak akan menerimapakai keputusan fatwa mengenai pengharaman senamam yoga yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Jamry berkata selaku Pengarah Jaip adalah di luar bidang kuasa dan budi bicara beliau untuk membuat apaapa pendirian berhubung sesuatu perkara menyentuh soal berkaitan Agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak.

Sabtu lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan mengumumkan fatwa meminta umat Islam negara ini tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsurunsur keagamaan, mantera dan pemujaan.

Pengerusi majlis itu, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin dilaporkan berkata Majlis Muzakarah Kebangsaan memutuskan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsurunsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam. BERNAMA

Artikel Lain