Tolak elaun Guan Eng beri masa Azhar belajar jadi Ketua Pembangkang

PULAU PINANG: Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata beliau akan memberi masa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penaga (ADUN), Datuk Azhar Ibrahim untuk belajar menjadi ketua pembangkang di negeri itu.

Katanya, Azhar cuba bermain plitik dengan menolak tawaran elaun bulanan RM1,000 daripada kerajaan negeri dan ia bertentangan dengan keputusan anggota partinya.

"Semasa perbahasan dalam sidang dewan semalam, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) dan Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) telah menerima rang undang-undang dan mempersoal bahawa rang undang-undang yang menyediakan elaun bulanan itu terlalu kecil," katanya kepada pemberita selepas melancarkan halal hub pasukan petugas antarabangsa Pulau Pinang di sini hari ini.

Katanya, sebagai pemimpin pembangkang di Pulau Pinang, Azhar sepatutnya berkongsi pandangan yang sama dengan anggota partinya.

"Sebuah parti perlu mempunyai pendidiran yang konsisten tetapi mungkin dalam kes ini, Azhar perlu lebih masa untuk menyesuai diri dengan jawatannya sebagai ketua untuk memimpin anggota-anggotanya, katanya.

Bagaimanapun, Lim yang juga Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Air Putih berkata, beliau menerima keputusan Azhar untuk menolak tawaran itu kerana ia adalah hak beliau.

"Sebagai pemimpin pembangkang, ia berhak untuk menolak tawaran itu tetapi dalam masa yang sama ia tidak boleh bertentangan dengan keputusan anggota partinya," katanya.

Semasa persidangan dewan, Azhar berkata beliau menolak tawaran itu berikutan kerajaan negeri menganjurkan agar pemimpin negeri itu berhemah dalam perbelanjaan dan beliau tidak mahu menjadi orang yang pertama sebagai ketua pembangkang menerimanya dan merasa terhutang budi.

Azhar berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu pada persidangan dewan Isnin ini.

Khamis lepas, dewan negeri meluluksn Enakmen Pentadbiran yang menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama membayar elaun bulanan RM1,000 kepada ketua pembangkang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain