GPMS sokong kenyataan KPolis Negara Jangan perlekeh kenyataan Majlis Fatwa - Semasa | mStar

GPMS sokong kenyataan KPolis Negara Jangan perlekeh kenyataan Majlis Fatwa

GPMS mengalu-alukan kenyataan amaran yang tegas oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkenaan kecenderungan sesetengah NGO yang mempersoalkan tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu ‘pengkid’ tempohari.

GPMS menganggap kenyataan amaran tersebut adalah amat tepat bagi menentukan tidak ada pihak yang berterusan memperkecilkan peranan Majlis Fatwa dan mempermainkan keputusan yang telah diambil oleh Majlis tersebut.

Dalam kenyataannya hari ini, Presiden GPMS, Dato' Reezal Merican Naina Merican berkata, GPMS cukup percaya - fatwa adalah suatu keputusan ulama’ yang cukup teliti dan berhemah, diperkasa lagi dengan sandaran rujukan agama yang tuntas dan padu. Sewajarnyalah, keputusan seperti ini tidak disanggah dan wajib dihormati oleh semua pihak.

"GPMS ingin menyatakan kekesalan yang teramat sangat dengan tindakan beberapa NGO seperti Katagender dan Food-not-Bombs yang mengadakan demonstrasi berkenaan isu sama baru baru ini. GPMS ingin mengingatkan mereka bahawa keputusan Majlis Fatwa adalah terkait langsung dengan soal hukum agama. Ianya tidak wajar sama sekali dibawa ke jalanan sebagai modul demonstrasi yang sempit dan dangkal," katanya.

GPMS ingin sekali lagi menegaskan bahawa agenda keterbukaan mestilah diiringi dengan rasa tanggungjawab dan amanah kepada keharmonian hidup bermasyarakat. Tindakan mencampuri urusan dan mempertikai keputusan Majlis Fatwa boleh disifatkan sebagai amalan yang kurang ajar dan tidak menghormati institusi agama. Keterlibatan kalangan bukan Muslim dalam darihal ‘fatwa’ ini juga boleh mendatangkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam.

GPMS juga ingin menyelar beberapa tulisan yang turut mempersoalkan tindakan yang diambil oleh Majlis Fatwa. Mempersoalkan tindakan Majlis Fatwa, dengan menggunakan istilah ‘individualism’, ‘kesaksamaan gender’, ‘kebebasan’ dan sebagainya bukanlah suatu tindakan yang baik dan dialu-alukan. Suka diingatkan bahawa keputusan Majlis Fatwa adalah bersandarkan lunas perundangan dan hukum Islam yang jelas.

Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sebuah institusi agama yang wajar dihormati dan disantuni oleh segenap kelompok masyarakat. Keputusan yang diambil secara ‘konsensus’ dan dengan persetujuan para mufti, bukanlah suatu keputusan polisi dan dasar yang terlalu wajar untuk didebatkan secara terbuka. Minda yang rasional semata-mata tidak boleh menghalalkan perkara yang tidak wajar pada pandangan agama.

Jelas Reezal, "GPMS amat mengharapkan agar amaran Ketua Polis Negara dapat dijadikan sebagai sempadan pandangan kepada mana-mana pihak yang terus celupar untuk mempersoalkan hukum agama. Kita jangan terlalu terbawa-bawa dengan budaya keterbukaan yang songsang – sehingga sanggup menidakkan dan bersikap celupar terhadap institusi agama seperti Majlis Fatwa."

Katanya lagi, dalam isu yang berkaitan dengan agama, kita perlu mempunyai suara yang tegas, apatah lagi tunduk dengan desakan NGO yang entah apa asas ‘akal budinya’.

"Jangan kita terlalu ghairah untuk mencampur-adukkan semua perkara, sehingga gagal menyantuni pandangan para ulama’ dan mufti," kata Reezal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain