Anggota perwakilan Umno Gopeng dakwa terima surat ada kertas undi peringkat bahagian

IPOH: Seorang anggota perwakilan ke mesyuarat Umno Bahagian Gopeng pada 26 Okt lepas hari ini mendakwa menerima sampul surat kiriman ekspres mengandungi 78 kertas undi bagi beberapa jawatan dalam pemilihan peringkat bahagian itu.

Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Rapat Jaya, Hang Tuah Din berkata, beliau menerima sampul surat itu empat hari selepas mesyuarat berkenaan daripada pengirimnya yang menggelarkan dirinya Ikhwah Islamiah dari Sungai Siput.

"Terdapat 78 kertas undi asal yang dipercayai telah dikeluarkan atau ditambah pada mesyuarat berkenaan," kepada pemberita di sini hari ini.

Kertas undi tersebut terdiri lima kertas undi untuk jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian, tiga kertas undi untuk Naib Ketua Bahagian dan 70 kertas undi untuk perwakilan ke perhimpunan agung parti di Kuala Lumpur.

Hang Tuah berkata dalam sampul surat itu terdapat nota yang mengatakan pengirim berkenaan menyedari ada penyelewengan berlaku dalam mesyuarat berkenaan.

Beliau berkata, dua hari selepas mesyuarat berkenaan terdapat 85 lebihan kertas undi bagi jawatan anggota jawatankuasa dan ini menimbulkan syak wasangka bahawa penyelewengan telah berlaku bagi semua jawatan yang dipertandingkan.

Jumaat lepas, 20 anggota perwakilan Umno Bahagian Gopeng membuat bantahan terhadap keputusan persidangan perwakilan bahagian berkenaan kerana mendakwa berlaku penipuan dalam pengiraan undi.

Satu memorandum bantahan diserahkan oleh Ketua Umno Cawangan Taman Lapangan Permai, Ahmad Ishak, kepada Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Negeri Perak Datuk Hasbullah Othman yang mewakili Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Pada mesyuarat lepas timbalan ketua bahagian itu Hamzah Mohd Kasim dipilih sebagai ketua dengan memperoleh 186 undi mengalahkan Mustaffa Kamal Mohd Nawi (102 undi) dan Rustam Affandy Abdul Aziz (77 undi). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain