suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua lelaki bebas tuduhan edar dadah

JOHOR BAHARU: Dua operator kilang tidak dapat menahan tangisan gembira apabila mereka dibebaskan daripada tuduhan mengedar 1,896 gram ganja oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

T. Gunalan, 31, dan M. Balakrishnan, 28, telah dituduh mengedar dadah tersebut di hadapan sebuah pusat hiburan di Taman Pelangi pada 19 April 2005.

Menurut keterangan, polis telah menjumpai satu beg berisi ganja dalam kereta Gunalan apabila dia dan Balakrishnan ditahan polis pada masa itu.

Peguambela keduadua tertuduh G. Subramaniam Nair dan S. Vijayaratnam dalam hujah mereka berkata kereta Gunalan telah digunakan seorang lelaki bernama 'Boy' sejam sebelum polis menahan kedua-dua tertuduh.

Mereka berkata Boy berkemungkinan telah meletakkan dadah tersebut di dalam kereta itu.

Kedua-dua tertuduh ditahan polis di Taman Pelangi selepas Boy mengembalikan kereta itu kepada Gunalan.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmi Syed Ahmad membuat keputusan membebaskan mereka kerana mendapati dadah itu mungkin kepunyaan Boy.

"Ia mungkin telah disimpan di dalam kereta itu oleh Boy," katanya.

Syed Ahmad Helmi berkata pihak pendakwaan tidak membuat sebarang tindakan susulan walaupun tidak menafikan kewujudan Boy dan mengetahui nombor telefon dan tempat kerjanya.

Pendakwaan dilakukan oleh Jean Sharmilla. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain