suria

Presiden MCA Kaji sebab kuota 30 ekuiti Bumi dalam PLC gagal dicapai

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini berkata, penggubal Dasar Ekonomi Baru (DEB) sepatutnya mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada kegagalan Bumiputera mencapai 30 peratus pemilikan ekuiti dalam syarikat senaraian awam.

Dalam tulisannya pada blog beliau www.ongteekeat.net., beliau berkata, mereka perlu mengkaji dengan mendalam akan masalah yang dihadapi oleh golongan Bumiputera di peringkat bawahan.

"Soalan penting yang perlu ditanya pada masa ini ialah adakah golongan ini pernah mendapat manfaat daripada DEB sejak tiga dekad lepas?" soal beliau semasa mengulas isu kuota 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam syarikat senaraian awam (PLC).

Dalam temu ramah pada minggu lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang berusaha ke arah meliberalisasikan DEB secara berperingkat sehingga kaum Bumiputera merasa yakin dan dapat bersaing dengan kaum lain di dalam negara dan global. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain