Khairy jumpa Hishammuddin jelaskan syor debat terbuka - Semasa | mStar

Khairy jumpa Hishammuddin jelaskan syor debat terbuka

PETALING JAYA: Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau akan berjumpa dengan ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam masa terdekat berhubung cadangannya diadakan debat terbuka bagi calon-calon yang akan bertanding merebut jawatan ketua pergerakan itu.

Khairy berkata beliau akan berjumpa dengan Hishammuddin untuk menjelaskan mengenai cadangan yang dikemukakan beliau itu di samping meminta restu daripadanya.

"Saya hormat (Datuk Seri) Hishammuddin Tun Hussein sebagai Ketua Pemuda dan sedar semua ini merupakan prosedurnya. Debat terbuka itu merupakan cadangan peribadi saya.

"Saya akan jumpa beliau dalam masa terdekat untuk jelaskan mengenai cadangan itu dan minta restu. Terserah kepada beliau untuk teruskan (cadangan debat) atau tidak," katanya ketika ditemui pada forum "Dialog BaratIslam: Kedudukan Kita dan Hala Tuju Kita" di International Institute of Advance Islamic Studies (IAIs) Malaysia di sini.

Kelmarin, Hishammuddin mahu anggota pergerakan itu merujuk kepadanya terlebih dahulu berhubung isu debat antara calon ketua sayap kanan parti berkenaan kerana beliau masih menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno hingga Mac depan.

Beliau berkata apa saja yang mahu dilaksanakan dan berkaitan Pemuda Umno perlu merujuk kepadanya sebagai ketua supaya ia boleh dibincangkan dan diperhalusi bagi mengelak berlakunya perkara yang menjejaskan imej parti.

Seorang lagi calon bagi jawatan itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyahut cabaran Khairy untuk berdebat bagi menjelaskan pendirian dan pelan masingmasing.

Bagaimanapun, Datuk Mukhriz Mahathir yang turut dicalonkan merebut jawatan nombor satu dalam sayap pemuda itu tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana berpendirian bahawa soal pemilihan parti merupakan hal ehwal dalaman Umno dan tidak wajar dilakukan secara terbuka. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Khairy tambah dua pencalonan hari ini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain