suria

Shahrir Debat medan perkenalkan diri

KUALA LUMPUR:Debat sama ada terbuka atau tertutup sesuai diadakan bagi calon yang ingin bertanding jawatan tertinggi Umno bagi memperkenalkan diri dan prinsip perjuangan kepada perwakilan parti dan rakyat, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Shahrir Abdul Samad.

"Saya tidak nampak masalah kalau diadakan debat. Saya percaya dengan diadakan debat di kalangan caloncalon yang bertanding jawatan tertinggi dalam parti, ia menjadi satu medan untuk rakyat dan para perwakilan mengenali dengan lebih dekat bakal pemimpin mereka," katanya.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin barubaru ini mencadangkan diadakan debat terbuka bagi caloncalon yang bertanding jawatan ketua pergerakan itu.

Cadangan Khairy, yang bertanding bagi jawatan berkenaan, disambut seorang lagi calon jawatan itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, tetapi ditolak oleh seorang lagi calon Datuk Mukriz Tun Dr Mahathir.

Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata debat yang dicadangkan untuk parti itu tidak perlu dilakukan seperti debat Presiden Amerika Syarikat.

Beliau berkata calon boleh memilih untuk diadakan secara terbuka mahupun tertutup.

"Sekiranya malu dan kekok untuk menerangkan prinsip yang diperjuangkan kepada rakyat secara terbuka, calon boleh melakukannya secara tertutup," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang oleh pasaraya Tesco di sini hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain