suria

MIC buka pintu untuk penyokong Hindraf

KUALA LUMPUR: MIC hari ini berkata parti itu telah membuka pintunya untuk penyokong pertubuhan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) menyertai parti itu.

Presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu berkata parti itu "amat terbuka" untuk mengambil masuk lebih ramai anggota baru parti termasuk penyokong Hindraf.

Baru-baru ini, MIC telah mengambil masuk lebih 10,000 anggota baru dan akan memperluaskan usaha pengambilan baru keahlian dari masa ke semasa, katanya kepada pemberita di ibu pejabat MIC di sini selepas merakamkan ucapan sambutan hari Deepavali yang jatuh Isnin ini.

Pada 15 Okt lepas, kerajaan mewartakan Hindraf sebagai pertubuhan haram. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain