suria

DAP buat laporan polis terhadap Utusan Malaysia dan Chamil Wariya

KUALA LUMPUR:Pemuda DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia Datuk Chamil Wariya kerana didakwa memburukkan imej anggota Parlimen Seputeh dari DAP Teresa Kok.

Dalam laporan polis itu Pemuda DAP mendakwa bahawa watak utama dalam cerpen Chamil bertajuk "Politik Baru YB J" dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu (12 Okt) sebenarnya merujuk kepada Teresa.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pemudanya Chong Chieng Jen yang diiringi Anggota Parlimen Serdang, Teo Me Ching pada kira-kira pukul 12.35 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Chong yang ditemui pemberita kemudian turut mendakwa selain cuba memburukkan Teresa cerpen Chamil itu juga mengandungi unsur fitnah.

Kelmarin, Penasihat DAP Lim Kit Siang mendakwa Utusan Melayu cuba menanam budaya membunuh Anggota Parlimen. BERNAMA

Artikel Lain