suria

Blog Saiful sentuh Anwar lagi persoal lantik pekerja kurang berkelayakan

PETALING JAYA: Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadu dia diliwat majikan Jun lalu, terus mengisi blognya dengan tulisan baru tentang Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Kali ini, Saiful mempersoalkan sebab Anwar gemar mengambil "pekerja-pekerja yang kurang berkelayakan?"

Tulisannya kali ini tidak panjang berbanding dua pengisian sebelum ini.

"Bermula sebagai sukarelawan di pejabat DSAI (Anwar) pada awal Mac, sebulan selepas pilihan raya saya terus dinaikan pangkat sebagai pembantu sulit/peribadi oleh DSAI sendiri.

"Pada masa yang sama Rahimi (yang juga seorang drop out) yang sebelum ini pembantu khas dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Sulit baru mengantikan saudara Nik Nazmi yang (bertanding) menang dalam pilihan raya lepas," kata tulisannya.

Saiful mengakhiri tulisannya dengan berkata: "Bersambung kemudian..."

Tetapi blognya mengisi salinan surat letak jawatan yang diemelkan kepada Anwar.

Dalam tulisannya sebelum ini, Saiful menyifatkan perkembangan terbaru dalam hidupnya sebagai "perjuangan belum selesai" dan masih bersemangat untuk menegakkan kebenaran.

"Maklumlah perjuangan belum selesai. Akan tetapi, ini tidak sama sekali melunturkan semangat saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

"Allamdullilah saya sihat walafiat. Walaupun sedih tidak dapat menyambut lebaran tetapi semangat saya tetap utuh untuk berjuang semasa perbicaraan nanti," katanya.

Saiful menyatakan demikian dalam tulisan terbaru blognya sempena Aidilfitri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain