suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar setuju Abdullah mahu lakukan perubahan

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin melakukan perubahan sehingga Mac depan.

"Saya setuju sangat dengan hasrat beliau dengan harapan sesuatu dapat dilakukan dengan segera," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Abdullah yang tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti itu Mac depan, menggariskan beberapa perubahan akan dilakukan, antaranya menjadikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai sebuah badan bebas, selain sistem kehakiman dan polis.

Anwar (PKR-Permatang Pauh) berkata badan kehakiman merupakan satu isu besar dan perlu dipertahankan, maka perubahan yang ingin dibuat Abdullah merupakan satu langkah yang baik.

Persidangan dewan disambung esok. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain