suria

36 kerusi dipertandingkan MPP UUM Rabu ini

ALOR STAR: Sebanyak 36 kerusi akan dipertandingkan pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) sesi 2008/2009 Rabu ini, termasuk buat pertama kali untuk calon daripada pelajar antarabangsa.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid berkata daripada jumlah itu, 12 kerusi dipertandingkan di kawasan umum, 24 bagi kawasan kolej, iaitu masing-masing lapan bagi Kolej Sastera dan Sains, Kolej Perniagaan dan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa dan satu kerusi untuk pelajar antarabangsa.

"Buat pertama kali UUM menawarkan kerusi bagi pelajar antarabangsa untuk dipertandingkan di kalangan pelajar antarabangsa yang mengikuti kursus ijazah pertama.

"Calon yang menang bagi kerusi ini akan menganggotai MPP UUM sebagai ex-officio tetapi tidak mempunyai kuasa eksekutif dan tidak boleh mengundi dalam MPP," katanya.

Dr Ahmad Faiz berkata pemilihan tersebut akan melibatkan penyertaan semua pelajar.

Pada pemilihan MPP sesi 2007/2008, sebanyak 39 kerusi dipertandingkan iaitu 13 kerusi kawasan umum dan 26 kerusi kawasan fakulti. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain