suria

Rasuah seks JAIP tubuh jawatankuasa siasatan esok

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) akan mengadakan satu mesyuarat khas esok bagi membentuk satu jawatankuasa siasatan bagi menyiasat kes skandal seks yang melibatkan bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT), Zul Hassan.

Pengarahnya, Datuk Jamry Sury berkata pada mesyuarat esok pihaknya akan membincangkan cara terbaik bagi mewujudkan bidang tugas tertentu dalam menangani kes tersebut.

"Esok kita juga akan menentukan kaedah yang sesuai untuk kita mengumpulkan maklumat daripada sumber-sumber yang berkaitan," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini mengenai kes ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya kerana didakwa terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China.

Zul mencetuskan kontroversi apabila menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Artikel Berikut

Artikel Lain