suria

Majlis Peguam anjur forum berhubung Rang Undangundang DNA

KUALA LUMPUR: Satu forum umum mengenai Rang UndangUndang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 akan diadakan oleh Majlis Peguam Malaysia pada 13 Okt ini, kata naib presidennya K.Ragunath.

Forum tersebut bertajuk "Rang UndangUndang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik: Adakah Kita Memerlukannya" akan diadakan di auditorium majlis tersebut di Leboh Pasar Besar di sini.

Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk membincang dan memberi pendapat mengenai rang undang-undang tersebut bersama penceramah jemputan, kata Ragunath kepada pemberita hari ini.

Rang undang-undang berkenaan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Ogos lepas untuk membolehan pihak polis menangani kes jenayah dengan lebih berkesan.

Namun terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan pengenalan rang undang-undang itu.

Forum tersebut akan bermula 5 petang dan keterangan lanjut mengenainya boleh diperolehi menerusi talian 03-20313003. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain