suria

KDN terbit teks al-Quran sebagai rujukan utama

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melancarkan terbitan pertama teks al-Quran yang akan menjadi sumber rujukan utama bagi penulisan teks al-Quran di negara ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata penerbitan naskhah itu boleh dijadikan rujukan oleh pencetak, penerbit dan pengimport. "Penerbitan teks itu juga selaras dengan usaha kementerian untuk mencegah sebarang bentuk penyelewengan dan sesuai dengan fungsi utama kementerian selaku pengawal kepada kesahihan teks al-Quran.

"Usaha penerbitan itu sudah dimulakan sejak 2006 dan 30,000 naskhah akan dihasilkan, terbitan pertama sebanyak 5,000 naskhah akan diedarkan ke agensi-agensi kerajaan, masjid, surau, sekolah bermula bulan ini," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Mashaf al-Quran dan surah Yasin di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Syed Hamid berkata naskhah al-Quran itu juga akan diedarkan ke peringkat negara serantau.

Turut hadir pada majlis itu ialah Mufti Perak merangkap Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Teks al-Quran KDN Datuk Seri Harussani Zakaria. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain