suria

Tengku Abdullah: Jangan kaitkan istana dalam pemilihan Umno

RAUB: Pemimpin dan anggota Umno di Pahang yang akan bertanding jawatan di peringkat bahagian parti itu bulan depan diingatkan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya tidak mengheret istana dalam meraih undi dan sokongan.

"Saya tidak nafikan terdapat pihak tertentu yang bertanding merebut jawatan dalam Umno bahagian datang bertemu dengan saya tetapi itu tidak bermakna saya merestui atau mereka mendapat sokongan dan perkenan saya untuk bertanding," titah baginda kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin tempatan, ahli politik, wakilwakil NGO dan kakitangan kerajaan Daerah Raub di sini hari ini.

Tengku Abdullah beritah tindakan mengheret istana boleh mengeruhkan keadaan dan membuat anggota Umno berada dalam keadaan serba salah untuk memilih pemimpin.

Menurut baginda, mereka yang menawarkan diri bertanding sepatutnya bertindak menampilkan kekuatan dan kewibawaan diri sendiri untuk meraih sokongan.

Dalam titahnya pada majlis itu, Tengku Abdullah menasihatkan rakyat Pahang supaya tidak bercakaran sesama sendiri sematamata kerana berlainan idealogi politik.

"Rakyat perlu kembali bersatu padu, bertolak ansur serta berkompromi dan bukannya terus berpecah belah kerana taksub dan ingin mempertahankan pemimpin tertentu," titah Tengku Abdullah. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain