Chong Wei gagal pertahan kejuaraan Terbuka Jepun - Semasa | mStar

Chong Wei gagal pertahan kejuaraan Terbuka Jepun

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan pada Terbuka Jepun apabila tewas kepada pemain Indonesia Sony Dwi Kuncoro dalam perlawanan akhir di Gimnasium Metropolitan Tokyo hari ini.

Pemain nombor satu dunia itu tewas 17-21, 11-21 dalam masa 40 minit kepada pemain pilihan kedua kejohanan tersebut.

Menurut laman web www.tournamentsoftware.com, Chong Wei, 25, pilihan pertama kejohanan hanya dapat mendahului sebanyak tiga kali di set pertama sebelum kecundang 17-21.

Beliau membaiki permainan di set kedua sebelum Sony yang pernah ditewaskannya di peringkat suku akhir Olimpik Beijing, mudah menewaskan pemenang pingat perak Olimpik Beijing itu 21-11 untuk muncul juara bagi merebut gelaran Siri Super pertamnya.

Chong Wei sebelum ke akhir menewaskan Zhu Weilun dari China (pusingan pertama), Sho Sasaki dari Jepun (pusingan kedua) dan Qiu Yanbo dari China (suku akhir). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Mufti Perlis akan bersara

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor

Agong cari penyelesaian terbaik