suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luluh hati tengok isteri berduaan dengan lelaki lain waktu sahur, rela video aksi terlarang disebar

Seorang isteri ditangkap berduaan dengan lelaki lain.

KISAH kecurangan pasangan suami isteri nampaknya tidak berkesudahan.

Terbaharu, tular video menunjukkan seorang lelaki hilang kata-kata apabila melihat isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain.

Kejadian pada waktu sahur itu dikatakan berlaku di Indonesia.

Dalam kegelapan, kedua-dua isteri dan kekasihnya masih duduk bersama meskipun si suami secara terbuka merakam aksi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kantoi curang melalui rakaman kamera monitor bayi, suami ancam bunuh orang ketiga

Malah apabila dikatakan video aksi mereka akan dihantar kepada adik isterinya, wanita itu dan kekasihnya mengakui tidak kisah, sebaliknya membenarkan video itu disebarkan.

Jawapan berani si isteri juga membuatkan si suami mahu mendapatkan kepastian sama ada isterinya mahu berpisah dan memilih kekasihnya.

Kes tersebut diketahui oleh ketua penduduk setempat.

Ketika disoal oleh ketua penduduk, wanita itu secara terbuka berkata dia sangat menyukai kekasihnya dan sanggup meninggalkan suaminya.

Dalam pada itu, si suami cuba berunding dengan isterinya supaya memikirkan nasib keluarga, namun wanita itu tetap dengan keputusannya untuk berpisah.- Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain