suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan keluar duit, wanita buat kecoh angkut barang runcit macam percuma... alasannya dah bayar cukai

tak mahu bayar 2

KECOH mengenai seorang wanita yang enggan membayar barang yang dibelinya di sebuah pasar raya.

Kejadian berlaku di Tana Batue, Bone di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram @terang_media, menunjukkan seorang pekerja pasar raya mengambil beberapa beg yang mengandungi barangan runcit daripada motosikal seorang wanita yang hendak melarikan diri selepas membeli-belah di premis.

Difahamkan, wanita berkenaan enggan membayar barangan runcitnya kerana mengakui sudah membayar cukai.

Bagi wanita itu, jika dia sudah membayar cukai, dia tidak perlu lagi membayar barangan runcit tersebut.

Alasan wanita itu bagaimanapun tidak masuk akal menyebabkan pekerja bertindak menghalangnya dengan mengambil semula barangan runcit.

Sebaliknya, wanita itu berang dengan tindakan pekerja berkenaan dan meminta baran runcitnya dipulangkan.

Aksi wanita itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain