suria

Sayu! Suami meraung lihat isteri terbakar dalam kereta, bomba kata mangsa tersepit sampai rentung… “Allahuakbar… bini saya bang!”

Seorang maut manakala empat lagi selamat dalam kemalangan itu

RAKAMAN tragis memaparkan seorang lelaki meraung kerana isterinya berada dalam kenderaan terbakar mengundang simpati netizen.

Menerusi rakaman itu, lelaki berkenaan meraung sambil menyatakan bahawa dia tidak akan meninggalkan isterinya, sambil dipujuk oleh orang awam agar bersabar.

"Allah, Allahuakbar. Yang, saya tak tinggal awak yang...Allah. Sumpah saya tak tinggal awak yang.

“Allahuakbar Itu bini saya bang... Allah Allah Allah," jerit lelaki itu tidak jauh dari kenderaan berkenaan.

Video kemalangan di kilometer 45.7 LebuhrayaUtara Selatan arah Selatan di Kulai, Johor turut tular menerusi media sosial sejak lewat malam Sabtu.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati, tak kurang juga yang turut tumpah air mata menyaksikan video berkenaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada 7.47 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu maut kemalangan, anak tukang jahit berjaya tamat pengajian universiti selepas dibesarkan 3 wanita berlainan bangsa

Bomba mengesahkan seorang maut manakala empat lagi selamat dalam kemalangan itu yang melibatkan sebuah lori Isuzu, sebuah Proton Wira dan Proton Preve.

Wanita yang maut dalam kemalangan ngeri itu merupakan penumpang Proton Wira yang ditemui tersepit dan rentung di dalam kereta dinaikinya.

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati sebuah lori jenis Isuzu terbakar 70 peratus, manakala Proton Wira terbakar sebanyak 90 peratus akibat kemalangan.

"Penumpang kereta Proton Wira tersepit dan ditemui rentung manakala pemandunya berjaya menyelamatkan diri.

"Dua lelaki yang menaiki lori Isuzu dan pemandu Proton Preve selamat," katanya dalam kenyataan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain