suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja 15 tahun hilang sejak 5 Jun

Sharveen dilaporkan hilang sejak 5 Jun lalu.

POLIS meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan hilang, bernama Sharveen Sathivelu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Sharveen dilaporkan kali terakhir dilihat selepas keluar dari rumahnya di Empire Damansara, Petaling Jaya, pada pukul 6 petang 5 Jun lalu.

Menurutnya, satu laporan polis dibuat berhubung kehilangannya pada 20 Julai lalu.

Ditanya mengenai jarak masa selepas laporan kehilangannya, Mohamad Fakhrudin berkata, ia berpunca daripada 'isu keluarga'.

Dipercayai Sharveen melarikan diri dari rumah dan kelewatan itu disebabkan keluarga berharap dia pulang sendiri.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja tersebut boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Faizal Ya di talian 011-33556768 bagi membantu siasatan. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain